******

Selamat Datang ke Sistem Aktiviti Pelajar PMK

Pengenalan

Merupakan sebuah sistem yang dibina bagi memudahkan pelajar mengetahui maklumat-maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dan telah dijalankan di Politeknik ini.

Dengan wujudnya sistem ini, ia akan memberikan faedah yang banyak kepada pelajar dan Unit Hal Ehwal Pelajar . Antara faedah-faedah yang diperolehi daripada sistem ini adalah:

1. Pengurusan maklumat aktiviti-aktiviti lebih teratur dan bersistematik.

2 Pelajar boleh mengetahui maklumat aktiviti yang telah disertai sepanjang pengajian di PMK.

3.Laporan mengenai maklumat aktiviti yang dijalankan lebih mudah diperolehi.

4. Proses untuk mendapatkan maklumat lebih cepat dan pantas berbanding kaedah sebelumnya.

5. Jumlah bintang setiap pelajar boleh diperolehi dengan cepat.

Pemarkahan Aktiviti

Terdapat 3 pecahan peringkat aktiviti yang dijalankan di PMK dan di setiap peringkat, pelajar akan diberikan markah seperti berikut:

Peringkat Aktiviti
Pungutan Bintang
Markah
Mewakili Negara/ Negeri / Peringkat Kebangsaan /Mewakili Politeknik/ /Urusetia Program/AJK Program
Contoh:
1) Mewakili PMK dalam MSP
2) Menghadiri program anjuran Kerajaan Negeri MELAKA

5 markah
Peringkat negeri/ Politeknik (semua program yang dianjurkan oleh Politeknik cth program anjuran Unit HEP,Unit Sukan & Koko dan Unit Kaunseling & Kerjaya)
Contoh:
1) Program Derma Darah
2) Pilihanraya Kampus

3 markah
Peringkat Jabatan/ Persatuan/ Kelab spt hari keluarga,sukan,lawatan akademik dll
(semua program yang dianjurkan oleh Jabatan, Persatuan dan Kelab)
Contoh:
1) Hari Jabatan
2) Lawatan akademik jabatan

2 markah

 

Syarat-syarat

1. Setiap pelajar perlu mengumpul markah pada setiap semester lebih daripada 30 markah.

2. Pelajar yang memperolehi markah terkumpul lebih daripada 50 markah layak diberikan Sijil Pelajar Aktif dan layak dipilih untuk dianugerahkan Pelajar Aktif.Penyediaan sijil kepada pelajar yang mencapai markah ditetapkan adalah tanggungjawab jabatan.

3. Pelajar-pelajar yang memperolehi markah di bawah markah yang ditetapkan perlu hendaklah diambil tindakan secara pentadbiran contohnya; melaksanakan aktiviti gotong royong membersih kelas dan bengkel.

4. Pelajar-pelajar yang tidak menghadiri program wajib; 5 markah akan ditolakkan daripada markah terkumpul dan tindakan pentadbiran lain boleh dilaksanakan mengikut jabatan masing-masing.

5. Jumlah markah yang dikumpul oleh pelajar boleh dijadikan satu panduan dalam memilih dan mencalonkan pelajar ke sesuatu program sebagai hadiah pengiktirafan kepada mereka yang aktif.

6. Pemilihan pemenang anugerah adalah diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar. Pemilihan adalah muktamad.

7. Laporan markah pelajar yang mengumpul markah lebih daripada 50 markah hendaklah diserahkan ke Unit Hal Ehwal Pelajar.

8. Bagi aktiviti yang diadakan selepas tempoh pengiraan, markah akan diambilkira pada sesi yang berikutnya.

Copyright by Unit Teknologi maklumat, Politeknik Melaka™ 2015